Gua mula mendapat pendedahan awal berniaga semasa masih lagi bersekolah rendah. Tapi bisnes mula maju masa gua naik sekolah menengah. Mula mula gua jual megi. Duduk asrama malam malam memang lapar. Takkan hari hari nak pegi pecah dewan makan. Mana boleh tahan. Jadi hari yang tak pecah dewan makan megi gua mesti sold out.
Sambil jual megi gua juga ada menjual rokok batang secara rahsia. Dia punya untung memang boleh buat beli kasut converse. Memang laku jual rokok kat budak budak asrama ni. Lepas tu ramai ramai hisap rokok kat tangga kecemasan. Nanti bila warden buat checking pasal bau rokok kuat, baru semua kucar kacir lari menyorok. Memang terbarai.
Banyak juga benda benda merepek yang gua dapat beli hasil dari perniagaan gua. Salah satunya gua dapat beli laser. Petang petang boleh pegi main tembak tembak kat asrama perempuan. Ha..ha..ha..
Abah gua juga seorang peniaga seperti gua. Macam macam benda juga dia cuba berniaga. Dari parang panjang sampai la ke goreng pisang. Yang kekal sampai sekarang cuma goreng pisang. Abah gua memang seorang tabah dan tak cepat putus asa.
Cuti sekolah macam biasa gua mesti tolong abah gua meniaga. Kalau tak tolong, nanti tak dapat bawak motor dia. Bila tak dapat bawak motor macamana nak pegi round petang petang lalu depan rumah Wanie. Kah..kah..kah
Rupanya gua pun terbarai juga.
macam harrr!!! lu mmg tebarai derr!!
ReplyDeletenie aku nk tye..apehal nme aku disebut2 lak ni???ke aku pasan diva???ceciter..ceciter...
ReplyDeleteGua tak tau pulak yang wani ni ada blog?? Kantol la..
ReplyDelete