Friday, April 1, 2011

Rumah Antot

Minggu lepas antot mula telefon, panggil gua melepak. Oleh kerana gua memang tak berapa sibuk gua terus setuju. Gua merupakan antara pilihan terakhir antot dalam bab bab untuk di ajak melepak sejak akhir akhir ni. Maklum saja lah antot sejak belajar main futsal ni, melepak pun dengan member member futsal sahaja. Macam gampang.

Disebabkan beliau sibuk berlatih futsal, jadi gua terpaksa pergi kerumah beliau untuk menjemputnya pergi melepak . Biasanya antot yang akan datang jemput gua. Tapi takpe. Sebagai moral support biar gua yang pegi rumah dia.

***

Tak lama gua sampai perkarangan rumah antot, hujan pun turun dengan lebat. Mungkin rezeki gua takde untuk melihat antot berlatih. lagipun mood gua tak berapa baik petang tu untuk tengok antot berlatih. Mungkin juga disebabkan gua terperanjat pasal nampak polis tepi simpang tadi, habis rokok yang baru gua bakar terjatuh di atas sofa kereta gua. Kalau kereta buatan malaysia gua tak kisah sangat. Ini buatan Jerman. Order saja makan hampir sebulan baru barang yang dipesan akan sampai. Kadang kadang wang memang bukanlah segala galanya.

Sambil menunggu hujan berhenti, kami hanya duduk hisap rokok sambil minum air kosong saja. Astro memang tak boleh harap. Time hujan lebat begini satu siaran pun tak boleh tengok. Kalau time bayar bukan main cepat lagi telefon. Diorang ni bukan nya tau nak ambil hati pelanggan. Kalau la astro ni seorang manusia berumur dalam lingkungan 20an. Tinggal pulak dekat dengan rumah dengan gua. Sudah tentu akan merasa penampar dari gua setiap kali hujan.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment