Friday, April 1, 2011

Rumah Antot

Minggu lepas antot mula telefon, panggil gua melepak. Oleh kerana gua memang tak berapa sibuk gua terus setuju. Gua merupakan antara pilihan terakhir antot dalam bab bab untuk di ajak melepak sejak akhir akhir ni. Maklum saja lah antot sejak belajar main futsal ni, melepak pun dengan member member futsal sahaja. Macam gampang.

Disebabkan beliau sibuk berlatih futsal, jadi gua terpaksa pergi kerumah beliau untuk menjemputnya pergi melepak . Biasanya antot yang akan datang jemput gua. Tapi takpe. Sebagai moral support biar gua yang pegi rumah dia.

***

Tak lama gua sampai perkarangan rumah antot, hujan pun turun dengan lebat. Mungkin rezeki gua takde untuk melihat antot berlatih. lagipun mood gua tak berapa baik petang tu untuk tengok antot berlatih. Mungkin juga disebabkan gua terperanjat pasal nampak polis tepi simpang tadi, habis rokok yang baru gua bakar terjatuh di atas sofa kereta gua. Kalau kereta buatan malaysia gua tak kisah sangat. Ini buatan Jerman. Order saja makan hampir sebulan baru barang yang dipesan akan sampai. Kadang kadang wang memang bukanlah segala galanya.

Sambil menunggu hujan berhenti, kami hanya duduk hisap rokok sambil minum air kosong saja. Astro memang tak boleh harap. Time hujan lebat begini satu siaran pun tak boleh tengok. Kalau time bayar bukan main cepat lagi telefon. Diorang ni bukan nya tau nak ambil hati pelanggan. Kalau la astro ni seorang manusia berumur dalam lingkungan 20an. Tinggal pulak dekat dengan rumah dengan gua. Sudah tentu akan merasa penampar dari gua setiap kali hujan.

Bersambung...

Thursday, March 24, 2011

Gua & Bisnes

Gua mula mendapat pendedahan awal berniaga semasa masih lagi bersekolah rendah. Tapi bisnes mula maju masa gua naik sekolah menengah. Mula mula gua jual megi. Duduk asrama malam malam memang lapar. Takkan hari hari nak pegi pecah dewan makan. Mana boleh tahan. Jadi hari yang tak pecah dewan makan megi gua mesti sold out.

Sambil jual megi gua juga ada menjual rokok batang secara rahsia. Dia punya untung memang boleh buat beli kasut converse. Memang laku jual rokok kat budak budak asrama ni. Lepas tu ramai ramai hisap rokok kat tangga kecemasan. Nanti bila warden buat checking pasal bau rokok kuat, baru semua kucar kacir lari menyorok. Memang terbarai.


Banyak juga benda benda merepek yang gua dapat beli hasil dari perniagaan gua. Salah satunya gua dapat beli laser. Petang petang boleh pegi main tembak tembak kat asrama perempuan. Ha..ha..ha..


Abah gua juga seorang peniaga seperti gua. Macam macam benda juga dia cuba berniaga. Dari parang panjang sampai la ke goreng pisang. Yang kekal sampai sekarang cuma goreng pisang. Abah gua memang seorang tabah dan tak cepat putus asa.

Cuti sekolah macam biasa gua mesti tolong abah gua meniaga. Kalau tak tolong, nanti tak dapat bawak motor dia. Bila tak dapat bawak motor macamana nak pegi round petang petang lalu depan rumah Wanie. Kah..kah..kah


Rupanya gua pun terbarai juga.

Tuesday, March 22, 2011

Senangnya Dalam Hati...

Kebelakangan ni gua agak kuat makan nasik. Kalau nak dibandingkan dengan kerja yang gua buat memang tak setimpal dengan nasi yang gua makan. Mungkin hati gua tengah senang. Bila hati senang, perut pun cepat lapar. Kalau tak percaya cuba la lu pergi senang senangkan hati.

Pergi la karaoke ke, mengurat ke, melepak kedai kopi sampai tak tau maghrib ke, clubbing ke, ok tu semua yang negatif.

Pergi la main layang layang ke, baca buku, main fesbuk, urut refleksiologi atau sukan sukan yang mencabar seperti berlumba kuda.

Gua bukan senang sangat pun, lebih lebih lagi bekerja dilaut bukanlah suatu perkara yang melucukan. Apatah lagi kalau tinggal berhari hari hingga berbulan lamanya. Perkara yang paling gembira adalah apabila saat manaiki bot menuju ke daratan. Saat yang gua maksudkan ini bukanlah seseorang yang bernama Saat. Tapi saat saat menaiki bot.

Itu lah benda yang paling terbaik sekali. Dalam kepala gua mesti terbayang rumah dan keluarga. Bersama dengan keluarga adalah satu perkara yang paling positif.

Jadi tujuan gua senang hati adalah simple. Pasal gua dah sampai darat. Gua dah balik rumah. Berada di daratan ni macam macam benda lagi boleh buat. Gua boleh melepak kedai kopi. Sampai pagi. Cuma masalahnya, gua terpaksa melepak sorang sorang.

Takde kawan. Semua sibuk bekerja. Termasuk la antot.


Bersambung....

Sunday, March 20, 2011

assalam...

dude!!! where the heck r u guys?? it been a while la.... mane korang2 ni??? hamjadah btol!

hm.. dari 2009.. skang ni da 2011.. hampir 2 taon gak blog ni sepi tampe penghuni.. ape da jadik ngn blogger ni? konon nk jadik blogger. lancip la.. layan citer blue bole la.. huhu demn!!!!

Monday, August 31, 2009

~Mukadimah~

Harini 31 ogos 2009. harini dah genap la 52 tahun kite mendeka. dolu-dolu time camni.. kite sume sebok mmbuat persiapan untuk g konvoi. Dari zaman moto cup sampai la moto bekuase tinggi(xla tinggi sgt pon).

Setting2 moto untuk memastikan moto masing masing dapat mengeluarkn bunyi yg paling mengerikan. yang pasang ejos buluh la.. ejos kopek batu pahat la.. mcm2 la.. epong ngn moto kriss sit kale biru+sport rim wane kuning.(kalo skang ni da tahap2 macha), ijat setia ngn cepai setting ipoh mali. Mader ngn yamaha sport En. Majid wakil pos ngn ejos kopek gudik(Epit tukang pegang bendera). Pian ngn RG sport repsol siap ngn foot rest.

Jemik ngn moto Rx-S yg kate die paling laju kat linggiu time tu. memek, gadek, arwah nureen, zul pengat, huh..ramai lagi la.. Pastu kite sume bekumpul kat kedai depan. Hatta jidan nk join tapi kne reject ngn jemik. kejam gak jemik.
Tapi tu sume dulu.. skang masing2 da kawen. ade anak bini. jangan kate nk konvoi.. g raye umah member2 setahun skali pon susa. masing2 sibok dgn urusan duniawi. tapi xpe. Aku akn organize satu gathering yg membolehkan kite sume bekompol dan huha huha cam dolu2..

Ok guys!!! looking fwd to meet all of you bout this.. adios amigos!!